My Journey


Blog For Free!


Archives
Home
2004 November
2004 October

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



JOM! JOM!
11.01.04 (5:30 pm)   [edit]

 


JOM RAMAI2 KLIK KAT SINI.


SURPRISE..............


KOMEN JANGAN TAK KOMEN, PANDANGAN ANDA MEMBERIKAN SAYA SEMANGAT DAN RASA GEMBIRA UNTUK TERUS MENULIS....

 
Pindah ke ?
10.30.04 (6:37 pm)   [edit]

Cam ne nak pindah tak ni..? Rupanya banyak lagi yang hilang. Archives tu pun dah tak jadi macam mula-mula dulu. Nampaknya kena cari rumah biasa je lepas ni. Tak pandai pun agaknya nak buat banglo idaman. Duduk je lah rumah dah siap. Takut jadi cam tikus membaiki labu bula! Kerana nila setitik habis susu sebelanga.

 
'My Status Now'
10.30.04 (3:20 am)   [edit]

Wah! cakap orang putih tu. Memang, memang betul..kepala otak ni ligat berfikir. Entah apa yang di fikirkan sampai tak lalu makan.Mujurlah ada ramai sahabat yang mendengar keluhan, hilanglah kesedihan. Meskipun kesedihan tak dapat balik raya belum tiba, tapi hati ini benar-benar sedih. Mungkin inilah adat hidup merantau dan juga adat 'orang baru' dalam dunia blogging. Dua dalam satu!. Cabaran datang satu demi satu.

 
Apa nak buat ?
10.29.04 (9:12 am)   [edit]

Semalam hendak tak hendak jenguk la juga blog ni. Rasanya betul-betul malas nak buat apa-apa dengan template blog ni. Sebabnya banyak yang di ubah oleh tblog, menyusahkan saya. Terutama side bar tu untuk bahagian kiri dan kanan dah tak boleh nak buat apa. Tunggu respond dari support tblog dia jawab apa, sebab baru je sebentar tadi email kat mereka. Perkataan LINK di side bar tu pun hilang.

 
Tak semangat dah ni.
10.28.04 (12:20 pm)   [edit]
Dah dua kali terkena, rasa malas nak menulis. Biar le dulu apa yang ada ni.
 
Oh! Kini ku tahu.
10.28.04 (2:45 am)   [edit]

Rupanya template yang sebelum ni seolah-olah 'pinjaman' sahaja dari TBLOG. Bila di selidik mereka nak suruh saya daftar hosting yang berbayar tu. Begini ceritanya....


"You are currently using a custom template. This means you have limited control from this page. This also means that you can use a custom CSS stylesheet by clicking here. You can also activate the default tBLOG template on the same page. Doing this will open up more options here."


"To use the tBLOG HTML editor feature you need to upgrade your account to tBLOG Pro. To learn more about our Pro account click here. "


"Enjoying tBLOG? Upgrade your account to PRO status for only $19.95 for one year and help us grow!"













tBLOG Basic (FREE!)tBLOG Pro! ($19.95/year)


  • tBLOG Subdomain
  • No Banner ads
  • Template Customization
  • Lifetime Archival System
  • tBLOG Friend Access
  • Commenting Management
  • tBUCKS


  • tBLOG Subdomain
  • No Banner ads
  • Template Customization
  • Lifetime Archival System
  • tBLOG Friend Access
  • Commenting Management
  • tBUCKS X 4!
  • Full HTML support!
  • Full Image Support
  • Advanced Site Statistics
  • Premium Listings
  • Syndication (for users with domain names)
  • Comment Notification
  • More Features Coming Soon...

 


Sebenarnya TBLOG ni ada tiga pilihan template, iaitu : 


1- Basic mode  2-Advanced Mode  3-Pro-usser


Jadi saya memilih yang no.3 dan 'add' la mana yang saya suka. Tapi rupanya hanya sementara. Petang ni berakhirlah pula template 'My Journey' yang dah terkubur tu..sedih, sedih. Dah menghilang entah kemana, sampai hati kau TBLOG. Ku sedar siapa diri ini.. hidup menumpang di tempat orang.


Kuang, kuang, kuang. Nampaknya saya kenalah edit kesemuanya. Mana yang saya mampu buat untuk malam ini.

 
Apasal lak ni..?
10.28.04 (12:51 am)   [edit]

Baru je sebentar tadi klik kat My Journey..terkejut besar! Kenapa lak jadi macam ni..? Berubah layout kesemuanya.Mesti ada sabotaj! Kah kah..ni nak kena repair balik ni. Dah jadi satu keja. Alahai BLOG..benda kalau free tu ada-ada saja.


Tolong! tolong! sape nak tolong ni..tak kan pisang berbuah dua kali kot!


 

 
Winter vs Summer..pertama kali.
10.26.04 (10:34 pm)   [edit]
Minta maaf! entry yang ni pun 'hilang' ntah mana dia pegi..uhuk! uhuk!
 
Kad ucapan pengganti diri.
10.25.04 (10:11 pm)   [edit]

Semalam ada terfikir macamana agaknya nak kirim kad raya pada keluarga dan sahabat handai. Rupanya di takdirkan pagi tadi, seorang adik ni Alip namanya telah mengirim ecard kepada saya. Wah! sungguh cantik. Dah namanya zaman IT tak perlulah di risaukan walaupun tinggal di negara orang terutama di Jepun ni, manalah ada jual kad raya. Oleh itu, hari ini sibuk dengan kiriman ecard ni pada semua.Rasa macam artis pulak sibuk nak mengirim kad raya.


Kalau ada sahabat blogger nak kan kiriman ecard, silalah berikan email anda!


Walaubagaimanapun, tak ketinggalan juga saya ada menyediakan satu ecard khas untuk semua. Sila klik di sini.

 
Gempa bumi di Niigata.
10.24.04 (1:08 am)   [edit]

Selepas beberapa hari sibuk dengan TYphoon 21, kini gempa bumi melanda Niigata, Tokyo.


Semalam seharian  kami keluar ke program anak-anak di sekolah.Di sebelah petang selepas membeli sedikit keperluan di Cotsco, kami berbuka puasa di Naan Inn bersama keluarga kak Maznah. Tiba di rumah.. macam biasa melihat siaran TV. Alangkah terkejutnya kami bila ternampak siaran langsung di TV.. berita tentang GEMPA BUMI.


Dan sejak malam tadi, tak henti-henti liputan siaran langsung di buat di kebanyakkan stesyen tv di Jepun.


'4 powerful quakes jolt northwestern Japan; 15 killed, 700 injured'


TOKYO — A series of powerful earthquakes, with the first and biggest one measuring a preliminary magnitude of 6.8, rocked northern Japan on the Sea of Japan coast within minutes from each other Saturday evening, killing at least 15 people, injuring more than 700 in Niigata Prefecture, and leaving at least four others missing.


It was the first time on record in Japan that quakes measuring 6 on the Japanese seismic intensity scale of 7 occurred four times in a day, the Japan Meteorological Agency said.


Lanjut lagi.


Kejadian-kejadian seperti ini mengingatkan lagi tentang MATI.Apatah lagi ianya terjadi di bulan Ramadan yang mulia ini.

 
Daun.
10.22.04 (5:56 pm)   [edit]

Malam tadi kawan-kawan hubby yang datang dari Ibu Pejabat KL Sentral dah sampai di Osaka. Barang-barang yang di kirim pun dah sampai.


Apa dia ..? Daun. Segala jenis daun yang tak de di sini. Daun limau purut, daun kesum, daun pisang dan daun sup, juga tak ketinggalan kurma madu!. Sebab kat kedai import di sini tak jumpa pun kurma madu. Lepas ni tercapai le hajat nak buat lepat pisang. Apa lagi nak suruh diaorang pos yerk..?

 
Kisah benar.
10.22.04 (3:00 am)   [edit]

Nak tulis juga cerita tentang memandu. Sebab itulah rutin harian. Tapi tak tau nak mula dari mana. Adakah ianya satu masalah atau hanya kebetulan. Nak tau apa dia..?


MENGANTUK KETIKA MEMANDU! Kalau nak tau memandu di Jepun le..rasa paling selamat (setakat inilah..). Sebab had laju setakat 40 - 50 kmj. Kalau di lebuhraya pulak..60kmj. Jadi cubalah rakan-rakan ikut arahan ini..apa jadinya..?


Garu kepala. Mula-mula dulu macam tak percaya kena memandu begitu perlahan. Dah biasa memandu di KL yg penuh dengan cabaran tu..tiba-tiba kat sini ..alamak bersopan sungguh !.


Jadi bila dah memandu terlalu perlahan, akhirnya mata ni asyik nak terlelap je. Selalunya di waktu tengahari sewaktu hendak menjemput anak-anak pulang dari sekolah. Masya'allah. Hanya Allah sahaja maha mengetahui dan bersyukur.. selamat. Tambah -tambah lagi di bulan puasa ni dah lah sejuk. Tapi.... sekali-sekala tu pecut juga, setakat 80 kmj..paling laju. Ha ha. Silap hari bulan dapat surat cinta. Nasib le. Setakat ni tak de lagi. Doa-doa tak de..karang cik abang tu bising.Yealah kereta nama dia. Ada sekali tu member dia dah terkena, siap ada gambar lagi. Maklumlah di jalanraya yang selalu di guna tu memang ada kamera.


Kawan-kawan ada petua nak hilangkan mengantuk sewaktu memandu.? Sebenarnya selama ni..tak pernah pun ada masalah macam ni. Agaknya apa nak buat...?

 
Mentari bersinar kembali.
10.21.04 (4:27 pm)   [edit]

Lega juga sebab semalam, matahari muncul. Dah dua hari asyik hujan je di sini. Rasanya kalau nak di bandingkan mana yang best cuaca sejuk ke panas, lebih baik panas tapi tak le terlalu panas macam musim summer yang lepas. Sampai 38 darjah celcius.


Menurut mereka, musim Spring la yang paling cantik dan best, sebab cuaca tak terlalu sejuk dan banyak pokok-pokok berbunga. Macam mula-mula sampai bulan April dulu..memang geram bila terjumpa pokok bunga, rasa nak petik bawa balik rumah. Di mana-mana ada saja bunga yang kembang. Tengok entry yang awal-awal dulu..ada la sedikit gambar bunga.. sebabnya gambar yang di ambil tu semuanya dah hilang.Tak pe tahun depan nak ambil gambar puas-puas dan nak buat koleksi.Tungguuuuu....!


Oh!ya sekarang ni..dah la sejuk, pokok-pokok pun bermuram durja..tak menarik sebab warna coklat, kuning dan adakalanya ada yang berwarna merah (tidak semuanya). Sepatutnya ada pelbagai warna lagi, cuma tahun ini berbeza sedikit ..kami tak berpeluang nak tengok pokok-pokok yang pelbagai warna. Tak tau kenapa. Rugila kalau macam tu kan.



Gambar pokok-pokok di atas, di ambil sewaktu kami berjalan-jalan di tepi pantai Suma. Berdekatan dengan Pulau Awaji dan juga Akashi Bridge. Sila klik sini

 
Kematian
10.20.04 (9:07 pm)   [edit]

Keluar rumah pagi ni..tengok bumi sakura ni habis di basahi hujan dan nampak kesan akibat ribut Typhoon semalam. Rupanya, ramai yang mati..


Petikan Yahoo News:


Typhoon Tokage Kills at Least 31 in Japan

By KENJI HALL, Associated Press Writer


TOKYO - A powerful typhoon blasted across Japan on Wednesday, reportedly killing at least 31 people and prompting thousands to flee their homes as it caused deadly mudslides and flash floods before veering east into the Pacific Ocean. Nearly 40 people were feared missing.












Photo
AP Photo

http://us.news1.yimg.com/us.y... && (http://us.news1.yimg.com/us.y... ~~ "http") --







Reuters Photo
Reuters
SlideshowSlideshow: Typhoons

 

Typhoon Tokage made landfall on Japan's main islands early Wednesday and was downgraded to a tropical storm by the evening, but its winds and torrential rains were the deadliest in more than a decade.


Early Thursday, the storm had swiped Japan's eastern coastline then headed east to open seas, its fury spent.


Rescue workers and Japanese troops mounted a search for at least 39 people still missing, digging through mud and debris and combing flooded rivers, Japanese media reported. Public broadcaster NHK said the combined deaths and missing were the highest in 16 years.


 


Berita lanjut lagi.


 


Petikan Japan's Time hari ini:


Typhoon kills 21, leaves trail of havoc

At least 21 people were dead Wednesday as massive Typhoon Tokage churned north across the Japanese archipelago after hitting Kochi Prefecture.








News photo

A couple watch high waves in Shirahama, Wakayama Prefecture, Wednesday morning as massive Typhoon Tokage approaches the prefecture.


 


The typhoon made landfall near Tosashimizu, Kochi Prefecture, around 1 p.m. and advanced through the main island of Honshu later in the day, leaving at least 25 missing and some 200 injured, the Meteorological Agency said.

The season's 23rd typhoon became the record 10th to make landfall on the archipelago in one season.


 


 


Berita lanjut klik sini.


Bersyukur masih di panjangkan umur dan dapat terus menjalani ibadah puasa.

 
Mega Typhoon
10.20.04 (4:13 pm)   [edit]

Akhbar asahi.com:


Mega-typhoon heads north; 6 people hurt
The Asahi Shimbun :


 ..'It is the first typhoon of its size to hit Japan this season and the 10th to reach the country this year, a record. The previous record was six, Japan Meteorological Agency officials said. '


Lanjut lagi, klik sini.


Wow! memang betul Mega Typhoon. Sejak tinggal selama 6 bulan di Jepun ni.. inilah pertama kali Typhoon yang paling kuat dan besar pernah di alami. Terutama di sebelah malam tadi. Hinggakan saya terjaga dari tidur. Memang tidur awal pun selalunya jam 10 malam dah lena di buai mimpi. Tiba-tiba bunyi angin kuat mengejutkan dari mimpi. Susah juga nak tidur semula, adalah hampir sejam mata ni terkebil-kebil susah nak lelap. Anak-anak ada yang terjaga..takut agaknya.

 
Wanita Jepun
10.20.04 (4:03 pm)   [edit]

Petikan akhbar hari ini..The Japan Times.


'A woman's happiness is in the home . . . huh?'.


Klik sini.


 



 
Tak reda lagi..
10.20.04 (3:00 am)   [edit]

Huh! lamanya Typhoonn kali ini. Pertama kali di Bulan Ramadan. sejak pagi tadi hingga ke petang masih belum reda. Mungkin berlarutan hingga ke malam, menurut ramalan kaji cuaca.


Mmm bila dah sejuk-sejuk begini malas je nak buat keja. Nak masak apa agaknya untuk berbuka dan sahur hari ini...?


Kalau kat KL sure dah beli je kat Bazar Ramadan. Rindunya dengan suasana berpuasa di tanahair.....

 
Typhoonn datang lagi.
10.19.04 (10:54 pm)   [edit]

:?


Sejak semalam hujan dah turun dengan lebat sekali. Walaupun begitu sekolah tetap berjalan seperti biasa.


Tetapi pagi ini lain pula halnya. Tepat jam 8.00 pagi, Kak Maz call. Katanya sekolah cuti hari ini sebab ada Typhoonn. Oh! nasib baik belum keluar rumah. Baru memandikan anak-anak. Oleh itu, aktiviti hari ini di batalkan, hajat di hati nak keluar mencari keperluan harian. 


Apalagi seronoklah dapat duduk di rumah, merehatkan diri sehari. Kalau tidak selalunya asyik berkejar ke sana-kemari dengan urusan harian. Mujurlah berpuasa di musim sejuk, taklah terasa letih.


Typhoonn di luar sana sedang beraksi..di samping hujan yang lebat, angin bertiup begitu kuat sekali. Nampaknya, dua hari tak menjemur pakaian.. bertimbunlah tu nanti.Selalunya bila tiba musim hujan pasti akan di iringi dengan Typhoonn.


 

 
Portal Jawa.
10.18.04 (8:54 am)   [edit]

Hari Ahad lalu, saya telah di pelawa oleh saudara Al_quazam untuk ke cyberjawa. Tempohari hanya sempat singgah sebentar. Hari ini baru le mendaftar menjadi ahli. Jom kepada sesiapa yang merasakan dirinya Jawa..silalah mendaftar. Ataupun sesiapa juga yang nak mempelajari dan mengenali tentang Bahasa Jawa.. pun di persilakan mendaftar.


Nampaknya lepas ni, kena lah aktifkan semula Bahasa Jawa ni. Sedangkan sekarang sedang asyik belajar Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris. Silap haribulan terbelit lidah.

 
Berbuka Puasa
10.17.04 (10:04 pm)   [edit]

Semalam hari ketiga berpuasa. Susahnya nak adjust masa berbuka di sini. Setiap kali nak berbuka mesti tak bersedia. Bukannya apa. Hari pertama tu, hari sekolah.. so memang selalu masak jam 6 petang. Oleh itu, bila tiba bulan Ramdan dah cuba masak awal. Tak sempat nak siap sebelum waktunya. Maka hari pertama tu saya berbuka puasa dengan roti dan air sahaja. Sementara hubby pula berbuka puasa di pejabat. Makan malam jam 9, sebab dia singgah solat tarawih di masjid. Juadah makan malam : nasi, rendang daging dan sayur.


Hari kedua pula, hari Sabtu.. kami berjalan ke Osaka membeli pakaian tebal. Cadang balik, nak berbuka di masjid.. malangnya tak kesampaian. Nasib baik dah prepare roti dan jame dalam kereta. Pertama kali berbuka di dalam kereta di Jepun ni. Makan malam, kami menjamah mee goreng mamak, anak-anak pula pekena roti canai segera dan sup ayam.Alhamdulillah.


Semalam pulak, hari ahad. Selalunya anak-anak ke masjid mengikuti kelas agama ( belajar mengaji, sembahyang dan banyak lagi). Selepas menjemput mereka kami bercadang nak mencari comforter. Sebab di sini bila di waktu pagi cuaca teramat sejuk.Tapi, tak berjaya... nak survey dulu mana yang sesuai.Dalam perjalanan balik, cadang nak ke masjid.. sekali lagi tak tercapai. Kali ni berbuka dengan donut pulak. Makan malam, nasi, sayur kangkung goreng belacan, ayam kurma dan telor goreng. Ayam kurma tu antara kegemaran Anak yang sulong. Bukan main suka lagi dia.Bertambah dua kali.


Sebenarnya, bukan nak sangat makan free (juadahnya nasi beriyani), tapi kami teringin nak merasa berbuka puasa di tempat orang dengan berkumpul beramai-ramai di masjid bersama bangsa lain. Di samping bersolat tarawih. Tapi nampaknya minggu pertama ni tak berjaya. Minggu hadapan tak boleh sebab hubby kena bertugas di luar kawasan. Nampaknya kena lah mencuba pada minggu ketiga dan minggu terakhir.


 


 

 
Sejuk.
10.16.04 (7:33 am)   [edit]

Hari ini, masuk hari kedua berpuasa.. rasa okay juga tak terasa sangat letihnya. Cuma bila berpuasa kat Jepun ni, sejukkkk. Bila bab nak bangun pagi tu malas je..tapi mengenangkan takut tak bermaya nanti di siang hari gagahkan juga bangun sahur seawal 4.00 pagi. Setakat memanaskan lauk makan malam. Rendang daging. tapi tak sesedap yang di KL tu..tak cukup bahan!


Siang tadi memang dah rancang nak ke Osaka mencari baju sejuk. Dah memang badan ni jenis tak tahan sejuk, pergi juga mencari baju yang tebal-tebal tu. Bila dah sampai ke tempat yang di tuju, pening di buatnya. Banyak sangat pilihan. Dah hampir dua jam baru jumpa. Tempat ni memang terkenal dengan tempat membeli pakaian untuk musim sejuk. Semba. Itulah yang saya tau namanya. Lokasinya sama dengan Akachan Honpo tempat membeli baju anak-anak minggu lepas.


Bila cerita tentang nak memilih baju untuk musim sejuk ni, tak retilah. Dua tiga kali naik turun bangunan tu..mana satu nak beli ? Semuanya perlu..ke? Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Topi, mufler (betul ke ejaan ni), sarung tangan, stokin, kasut, dan banyak lagi. Tapi yang di beli setakat baju tebal je. Rasanya itu yang penting buat masa ni. Tak taula nanti bila musim winter datang.. nak kena borong semua yang ada. Ha ha.


Kalau kat Malaysia tak yah nak pening-pening kepala fikir pasal ni semua. Inilah pengalaman tinggal di negara orang.

 
KHASIAT BUAH KURMA
10.15.04 (6:05 pm)   [edit]

 


Petikan dari komen ARainKing berkenaan tentang berbuka puasa :


'..........selalunya, pada pembukaan puasa, i dengar that you have to have eat dates as an opening. so, if you dont mind me asking. how is dates importants of dates in puasa month?.....'


Di sini saya selitkan petikan tentang kelebihan dan khasiat buah kurma :


" Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan
selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan
ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau
tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan
berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu
banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang
diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta
menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.".........


"Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja.
Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya
makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan
gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit ".....


petikan dari Agamaku.tripod.com


 


Selain itu sila klik di sini.


..." Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak."....


Petikan dari permai1.tripod.com.


 


Semoga ianya dapat menjawab persoalan sahabat kita.Waallahua'lam.

 
Aktiviti hari ini.
10.15.04 (2:47 am)   [edit]

Seperti biasa, rutin di waktu pagi.. menghantar anak-anak ke sekolah. Hari ini ada sedikit perancangan. Maklumlah hari pertama puasa, kebetulan pulak jatuh pada hari yang mulia hari Jumaat. Selalunya hari jumaat merupakan hari untuk membeli keperluan dapur. Memandangkan sekolah anak-anak jauh dari rumah, maka hari ini saya memilih untuk membeli keperluan di kedai yang terletak di sekitar dengan Ashiya (lokasi sekolah anak).


Selesai lebih kurang jam 11.30 pagi (kedai di buka jam 10 pagi : sejam setengah, sebab pergi dua kedai.. Coop dan Kansai Super). Rasanya kalau hendak pulang kerumah..mengambil masa 30 minit dan keluar semula pun 30 minit lagi. Mmm..teruskan perjalanan ke satu lagi tempat yang menarik. Iaitu Konnan. Ianya merupakan salah satu gedung yang menjual semua keperluan isi rumah. Di samping keperluan biasa, kita juga boleh memasang sendiri apa jua yang kita nak reka untuk rumah idaman tu  dengan menggunakan kemahiran kita sendiri. Cakap saja nak reka apa, semuanya ada. Di Jepun memang banyak kedai-kedai seperti ini yang menggalakkan kita membuat atau memasang sendiri. Di kategorikan sebagai 'Do it yourself'. Di Konnan, barangan nya agak murah sedikit berbanding di tempat lain.


Sebenarnya minggu lepas, kami dah ke sana untuk meninjau-ninjau harga dan barangannya. Masatu dah seronok sebab ternampak 'garden' . Maka hari ini, baru lah berpeluang nak melihat pokok-pokok bunga yang ada. Insyaallah projek 'mini garden' akan menyusul. Hobi ini bermula semasa berpindah ke rumah sendiri dua tahun lepas. Teringat pokok di Saujana, apa khabar agaknya.


.....................


Di sebelah petang pula, semasa menjemput anak-anak.. berjumpa dengan Kak Maz. Katanya mereka akan pulang ke Malaysia pada 8 hb Januari 2005.Surat rasmi dah di terima semalam. Sedih juga rasanya. Baru berkenalan lebih kurang sebulan.


.....................


Selamat berbuka puasa semua. Masak apa hari ini ?

 
HADIS PALSU DAN SOLAT TARAWIH
10.14.04 (4:37 pm)   [edit]

Terima kasih kepada saudara Mat yang mengingatkan saya tentang hadis palsu ini. Alpa dan leka menyebabkan ianya di petik sekali lagi. Itulah sejarahnya bila ia telah tersebar meluas.. terlalu mudah untuk mengingatinya.


Untuk itu saya ada membuat beberapa rujukan dan di sini sila klik untuk bersama-sama berkongsi ilmu tentang hadis palsu ini.


Juga klik untuk Solat Tarawih menurut pandangan Rasulullah saw.


Semoga kita sama-sama dapat memperbetulkan kesilapan yang lalu.

 
BERMULA IBADAH PUASA
10.14.04 (9:39 am)   [edit]

Erti Ramadan:


RAMADAN ialah bulan Qamariah yang ke-9.Maksud asalnya ialah panas yang sangat terik. Ianya di namakan demikian kerana lazimnya pada bulan Ramadan cuacanya amat panas.


Bersempena dengan itu juga, semoga kehadiran Ramadan akan dapat membakar dan meleburkan segala kekotoran dosa bagi orang-orang yang berpuasa dan berusaha untuk mengahayati bulan yang penuh barakah ini dengan pelbagai amalan sunat.


Nama-nama bulan Ramadan:


Bulan Ramadan mempunyai beberapa nama dan setiap nama itu menunjukkan kelebihan dan keistimewaannya.




  1. Syahrullah (Bulan Allah)


  2. Syahrul Ala-i (Bulan yang penuh kenikmatan dan limpah kurnia)


  3. Syahrul Quran (Bulan di turunkan Al-Quran)


  4. Syahrul Najah (Bulan bebas dari api neraka)


  5. Syahrul Jud (Bulan bermurah hati)


  6. Syahrul Muwasah (Bulan memberi pertolongan kepada orang yang berhajat)


  7. Syahrul Tilawah (Bulan membaca Al-Quran)


  8. Syahrul Sabri (Bulan untuk bersabar pada melakukan taat dan menjauhi maksiat serta bersabar menanggung penderitaan)


  9. Syahrus Shiam (Bulan untuk berpuasa)


  10. Syahrur Rahmah (Bulan Allah melimpahkan rahmat-Nya)


  11. Syahrul 'Id (Bulan yang di rayakan hari berbuka)

........................


KELEBIHAN SOLAT TARAWIH PADA MA LAM PERTAMA DI BULAN RAMADAN


Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam yang pertama seumpama ia baru di lahirkan dan mendapat keampunan dari Allah swt.